Subhanalloh Inilah Bukti Kebesaran Alloh Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Hari ini Mat ingin bercerita mengenai salah satu keajaiban yang Allah cipta di atas muka Bumi dan telahpun diterangkan di dalam Al-Quran.
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.
Cuba anda lihat di bawah ini, ternyata benarlah ayat di dalam Al-Quran, Air sungai dan Air Laut tidak bercampur dan anda boleh melihatnya dengan jelas:
” Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang kedua-duanya pula bertemu; Diantara kedua-duanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 19-21.
Ayat di atas bercerita mengenai Dua Laut yang tidak bercampur airnya iaitu melalui Selat Gibraltar dan Samudra Atlantik di Lautan Mediteranian. Cuba lihat gambar di bawah ini:
Berdasarkan ayat di atas, maka benarlah janji Allah bahawa wujudnya dua sungai yang akan terdapat dua rasa, dua warna yang akan dipertemukan dan masing-masing tidak mempengaruhi sifat dan kejadian di antara satu dan yang satu lagi. Subhanallah!!!